Tuesday, July 13, 2010

What I heard

Pada hari 12/07/2010,Kuliah yang pertama telah diadakan di Pusat Pengajian HBP, E48 B. Lecturer Wan Burhanuddin bin Wan Abidin ,selaku seorang studiomaster ,bermula kuliah dengan membuat perkenalan 'APEX' kepada para pelajar HBP.Selepas itu, beliau meneruskan dengan menjelaskan konsep APEX 'Production'. Berdasarkan beliau, yang penting sekali iaitu mahasiswa dan mahasiswi pelajar Universiti Sains Malaysia perlu mempunyai niat dan keinginan untuk blajar dan sentiasa bersedia untuk membuat pengajian. Beliau juga memberitahu bahawa pembelajaran merupakan proses perjalanan yang panjang, tanpa mengambil kira usia seseorang( is a life long programme). Kita perlu sentiasa belajar supaya memperolehi ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek .Tanpa ilmu, kita akan dianggap sebagai katak di bawah tempurung.
Mempunyai niat masih tidak cukup,kita perlu menjalankan, melaksanakan apa yang diniatkan dahulu.Dengan gabungan niat dan aksi, barulah dapat menghasilkan produk yang berguna dan berjaya. Menurut beliau, niat adalah berasal daripada seorang aktor.Semasa aktor bertindak dan melaksanakan niatnya, tidak dapat dinafikan bahawa beberapa prinsip tertentu perlu diamalkan. Produk yang dihasilkan mesti mempunyai nilainya dan akan dipromosikan, serta digunakan pada masa yang akan datang.
Selepas pengenalan konsep APEX 'Production', beliau meneruskan kuliah dengan memperkenalkan Prinsip APEX. Secara ringkasnya, Prinsip APEX ini terdiri daripada 3p, iaitu orang( people) ,prinsip( principle) ,dan tempat( place). Beliau telah menggunakan permainan bola sepak sebagai contoh untuk menjelaskan Prinsip 3P ini.
Selanjutnya, Lecturer Wan Burhanuddin telah menjemput semua studiomaster untuk menberi sebarangan nasihat dan galakkan kepada para pelajar.Mereka telah mengalu -ngalukan kedatangan kita dan mengucapkan tahniah kerana berjaya dipilih memasuki University APEX ini. Para studiomaster menuntut kita supaya belajar dengan rajin, terutamanya perlu menghantar kerja kursus pada masa yang ditetapkan dan jangan ponteng kelas juga.
Akhir sekali,,Lecturer Wan Burhanuddin telah memberi kerja kursus kepada kita, yang bertajuk' what i heard'.Beliau telah memberikan address http://www.hbp.usm.my/1b/101 kepada kita sebagai rujukan. Jadi, itulah sahaja daripada Kuliah ini.

No comments:

Post a Comment